Polis minta bukti anggotanya makan coklat dan minta makanan

Polis minta bukti anggotanya makan coklat dan minta makanan

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kormersial, Datuk Sri Amar Singh Ishar Singh meminta supaya pihak yang mendakwa mengemukan bukti bahawa terdapat anggota polis yang memakan coklat dan meminta makanan disediakan sewaktu menjalankan tugas siasatan di kediaman bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Dalam satu kenyataan semalam beliau berkata, pihaknya tidak akan bertolak ansur dengan kelakuan tidak profesional anggota terbabit dan tindakan akan diambil jika dakwaan berkenaan didapti benar.

Berhubung dakwaan bahawa terdapatnya gambar-gambar sewaktu serbuan dibuat dan kemudian ditularkan melalui media sosial, Amar Singh berkata, tiada anggota dibenarkan membawa telefon bimbit kecuali komander dan timbalan komander yang ditugaskan.

Katanya, gambar-gambar dan rakaman video di tempat kejadian hanya boleh dibuat oleh jurufoto rasmi polis.

Beliau meminta pihak terbabit memberikan maklumat sekiranya berlaku penularan supaya pihaknya dapat menyiasat punca penyebaran gambar tersebut.

Menurut Amar Singh, pada 16 dan 17 Mei 2018, pihak polis telah melakukan serbuan ke atas enam premis yang ada hubungan dengan siasatan berkaitan 1Malaysia Developement Berhad (1MDB).