Polis minta saksi kemalangan korbankan 2 pelajar  beri maklumat

Polis minta saksi kemalangan korbankan 2 pelajar beri maklumat

Polis meminta orang ramai yang menyaksikan kemalangan membabitkan sebuah lori hantu di hadapan sebuah sekolah di Bandar Damai Perdana, Kajang, sehingga mengorbankan dua pelajar sekolah itu kelmarin tampil memberikan maklumat.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Willey Richard berkata pihaknya telah mengambil keterangan daripada saksi yang ditemukan di lokasi namun masih memerlukan maklumat lanjut bagi membantu siasatan.

Khamis lepas, dua pelajar perempuan maut manakala seorang penjaja cedera dirempuh sebuah van yang dilanggar sebuah lori selepas melanggar dua buah kereta serta 34 motosikal yang berada di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Damai Perdana.

Dua pelajar yang maut itu dikenali sebagai Lau Zi Xin dan Wong Siow Xuen, masing-masing berumur 13 tahun.

Sementara itu, pemandu lori warga Indonesia yang terlibat telah ditahan reman selama tujuh hari bermula semalam dan kes disiasat di bawah Seksyen 304 A Kanun Keseksaan kerana membunuh tanpa niat.

Kemalangan babitkan lori hantu korbankan dua pelajar di Bandar Damai Perdana Kajang

TAGS