Polis nafi helikopter yang hilang mendarat cemas di Sri Aman

Polis nafi helikopter yang hilang mendarat cemas di Sri Aman

Polis Sri Aman menafikan ada helikopter mendarat cemas di kawasan itu ketika berita helikopter bersama enam penumpang VIP di dalamnya dilaporkan hilang, lapor Bernama.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Polis Sri Aman, Sarawak menafikan ada helikopter mendarat cemas di kawasan itu ketika berita helikopter bersama enam penumpang VIP di dalamnya dilaporkan hilang, lapor Bernama.

Jabatan Penerbangan Awam (DCA) juga menafikan laporan bahawa helikopter itu telah dijumpai, lapor Astro Awani.

Jabatan Bomba dan Penyelamat juga menafikan khabar angin yang mengatakan helikopter yang hilang ini selamat mendarat.

“Kami tidak boleh kata lebih dari sekadar ia hilang. Ia adalah sulit dan tidak boleh dikesan,” kata Nor Hisham Mohammad, Pengarah Bomba dan Penyelamat Sarawak kepada The Star.

“Jabatan Bomba dan Penyelamat sekali-kali tidak menyebarkan maklumat yang mengatakan ia selamat mendarat itu,” katanya.

Ini berikutan sebaran di laman sosial, helikopter ini mendarat cemas dalam cuaca yang buruk di Sri Aman.

Sebelum ini, media melaporkan Timbalan Menteri Industri Asas Tani dan Komoditi Datuk Noriah Kasnon bersama suaminya Asmuni Abdullah adalah antara enam VIP yang berada dalam sebuah helikopter yang dilaporkan hilang di Sarawak hari ini.

Empat lagi adalah Ketua Setiausaha Kementerian Datuk Dr Sundaran Annamalai, Ahli Parlimen Kuala Kangsar yang juga Ahli Lembaga Minyak Sawit Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad dan pengawal peribadi Ahmad Sobri Harun di samping pilot RP-C 6828 Kapten Rudolf Rex Ragas.

Menurut laporan, helikopter itu terputus hubungan dekat Sebuyau kira-kira jam 5 petang hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak antara yang melahirkan rasa bimbang beliau dengan apa yang berlaku.

Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam, Datuk Azharudin juga mengesahkan laporan itu dan memberitahu usaha mencari dan menyelamat sudah diarahkan.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishamudin Tun Husein pula telah mengarahkan agar pasukan tentera udara dan darat menyetai usaha mencari dan menyelamat.

Helikopter itu dipercayai dalam penerbangan dari Betong ke Kuching dalam misi membantu kempen pilihan raya di Sarawak.

Menurut The Star, Pengarah Penerbangan Awam,  Datuk Azharudin Abdul Rahman telah mengesahkan laporan itu dan berkata, kerja-kerja mencari dan menyelamat telah dilancarkan.

Noriah juga adalah ahli parlimen Sungai Besar, Selangor.

Menurut Menteri Industru Asas Tani dan Komoditi, Datuk Seri Douglas Uggah Embas, kali terakhir beliau melihat Noriah adalah dikawasan pilihan rayanya iaitu di kawasan Dun Bukit Saban.

Bagaimanapun beliau tidak mempunyai sebarang maklumat tentang kehilangan helikopter itu, lapor versi The Star Online.

TAGS