Polis nafi mayat Koh ditemui

Polis nafi mayat Koh ditemui

Polis menafikan khabar angin menyatakan mayat Pastor Raymond Koh Keng Joo ditemui.

Memetik The Star Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Mohd Zani Che Din dipetik berkata, polis tidak menerima laporan seumpama itu dibuat kepada polis.

Keluarga pastor itu juga menafikan khabar angin yang Koh dibunuh dan mayatnya ditemui.

Pada 13 Februari lalu,Koh 62, diculik sekumpulan lelaki bertopeng di Jalan SS4B/10, kurang 100 meter dari Kompleks Perumahan Polis di Kelana Jaya.

Mangsa memandu kereta Honda Accord berwarna perak dengan nombor plat ST 5515 D.

Beliau dalam perjalanan ke rumah rakannya di Kelana Jaya ketika diculik dan menerusi rakaman CCTV, penculikan itu nampak terancang membabitkan lebih 10 lelaki dan 7 kenderaan pada waktu siang.

Keluarga Koh menawarkan habuan RM100,000 untuk mendapatkan maklumat di mana beliau berada.

Malam tadi, lebih 300 orang berkumpul memasang lilin berhampiran Plaza Masalam di Seksyen 9, Shah Alam, untuk menonjolkan kekurangan maklumat polis berhubung penculikan itu, dengan ramai yang bimbang ia mungkin jenayah didorong oleh keagamaan.