Malaysia Dateline

Polis Nicaragua rampas 150 kg kokain

Polis Nicaragua merampas 150 kilogram kokain dalam operasi yang dijalankan di selatan negara itu, lapor agensi berita Xinhua memetik kenyataan pejabat akhbar Polis Negara pada Rabu.

Operasi itu dijalankan pada Selasa di sepanjang lebuh raya menghala ke pusat peranginan La Boquita di perbandaran Diriamba.

Sebanyak 131 bungkusan dadah ditemui disembunyikan dalam sebuah bas.

Pemandu bas terbabit melarikan diri sebaik bas dipandunya ditahan pihak berkuasa.

Dalam satu operasi berasingan pada Isnin, polis menahan warga Guatemala, Luis Alberto Mejia Gonzalez dalam sebuah kenderaan yang sarat dengan kokain.

Suspek ditahan di pos sempadan Nicaragua, selatan Penas Blancas.

— BERNAMA