Malaysia Dateline

Tan Sri Khaled Abu Bakar Nothing to Hide

Polis panggil Armada bantu siasatan kekecohan Nothing to Hide 2.0

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis sudah memulakan siasatan kes itu dan menegaskan bahawa aspek keselamatan adalah di bawah tanggungjawab penganjur.

“Mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012, penganjur bertanggungjawab terhadap keselamatan (orang) yang hadir dan keselamatan tempat acara itu diadakan dan dalam akta itu jelas.

Polis akan panggil penganjur kerana ambil mudah dan dilihat tak laksana tanggungjawab (kawal keselamatan),” katanya kepada pemberita selepas istiadat penganugerahan pingat kedaulatan negara kepada 158 pegawai dan anggota di Bukit Aman hari ini.

Program Nothing To Hide 2.0 anjuran Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang berlangsung di Dewan Raja Musa, Seksyen 7, Shah Alam bertukar kecoh apabila dicemari insiden balingan kasut, kerusi, botol air serta suar daripada beberapa individu yang hadir sehingga mencetuskan panik dan berlaku kejadian bertumbuk sesama sendiri .

Kekecohan berlaku pada kira-kira 5.10 petang ketika Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad sedang menjawab soalan berhubung tragedi Memali di Baling, Kedah pada November 1985.