Malaysia Dateline

Polis pengiring PM dahulukan laluan pada ambulans siap tolong iring, raih pujian netizen

Baru-baru ini, satu klip video tular di media sosial meraih perhatian orang ramai apabila polis pengiring kenderaan rasmi dipercayai milik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi laluan kepada sebuah ambulans yang sedang melalui kesesakan jalan raya di sekitar Sungai Ramal, Kajang.

Apa yang menarik perhatian, polis yang menaiki motosikal itu dilihat mengiringi ambulans berkenaan terlebih dahulu, kemudian barulah disusuli kenderaan rasmi Anwar yang berada di belakangnya.

Video tersebut dimuat naik di TikTok bengkel minda dan dirakam menerusi kamera papan pemuka atau dashcam sebuah kenderaan yang terperangkap dalam kesesakan lalu-lintas di situ.

Rata-rata netizen yang melihat video berkenaan, memuji tindakan Anwar dan polis yang mendahulukan masyarakat di saat mereka memerlukan pertolongan.

“Semoga Tuhan memberi perlindungan dan keberkatan kepada DSAI. Sejuk hati melihat PM10 utamakan rakyat.

“Semoga PM10 kita kekal dengan kebaikan untuk rakyat.

“Alhamdulillah contoh mulia yang ditunjukkan PDRM dan PM10,” kata netizen.

Setakat ini, video berkenaan mendapat 206.4k tontonan, 10.6k tanda suka dan 602 perkongsian di alam maya.

Baca juga: ‘Di luar tugasan rasmi, saya pergi seorang, tak pakai polis pengiring’

Baca juga: Undi percaya 19 Disember, Kor Ming yakin Anwar dapat sokongan besar