Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Polis Perak tahan Exco didakwa rogol pembantu rumah

Polis Perak tahan Exco didakwa rogol pembantu rumah

BernamaJuly 10, 2019 8:36 am




Polis menahan seorang Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Perak yang dikaitkan dengan tuduhan melakukan serangan seksual terhadap pembantu rumahnya.

Ketua Polis Perak Datuk Razarudin Husain @ Abd Rasid berkata anggota Exco berkenaan ditahan semalam bagi membantu siasatan lanjut.

“Untuk siasatan polis yang adil, kita telah menangkap orang disyaki semalam bagi membantu siasatan kita,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau bagaimanapun tidak mengulas lanjut berkaitan penangkapan itu dan memberitahu akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat.

Semalam, media melaporkan seorang wanita warga Indonesia, membuat laporan polis di Balai Jelapang di sini Isnin lepas, mendakwa dirogol anggota Exco berkenaan di rumahnya, dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.- BERNAMA

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Ketika berebut makanan, mereka minta kotak untuk alas tidur

Selepas tindakan Nazri, kini terserah kepada Agong untuk tukar PM, kata peguam

Negara lain juga darurat, tapi tak gantung fungsi Parlimen

Amalan demokrasi berparlimen tumbang apabila parlimen digantung, kata MPN

Terkini

Covid-19: Apa Muhyiddin dapat buat dengan kuasa mutlaknya, soal Mahathir

Menteri Pendidikan tiada kepimpinan, bimbang wujudnya ‘generasi ketinggalan’

Keazaman untuk tidak berubah (Bahagian 1)

Mahfuz desak kerajaan perjelas isu projek rundingan terus lebih RM100 juta

Rakyat kecam Muhyiddin ulang apa yang dibentang dalam Belanjawan 2021

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production