Polis rampas beg tangan, pakaian, hadiah dari kediaman Najib

Polis rampas beg tangan, pakaian, hadiah dari kediaman Najib

Selepas lapan jam, polis membawa keluar tiga kotak berisi barangan peribadi dari kediaman Datuk Seri Najib Razak di Jalan Langgak Duta di sini awal pagi ini.

Menurut peguam beliau, Datuk Harpal Singh Grewal, kotak tersebut mengandungi beg tangan, pakaian serta hadiah milik bekas perdana menteri itu.

“Pencarian dilakukan bawah Akta Penggubahan Wang Haram (Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001).

“Tiada dokumen dirampas, juga tiada tangkapan dibuat hari ini,” katanya kepada media diluar kawasan kediaman bekas perdana menteri itu lapor Awani.

Maklumnya lagi, anak guamnya memberikan kerjasama penuh terhadap pihak polis sepanjang operasi pencarian dijalankan.

“Ia mengambil masa yang lama kerana ini rumah yang besar, jadi polis perlu periksa setiap bilik,” tambahnya.

Harpal berkata, pihaknya tidak dimaklumkan setakat ini sama ada Najib akan dipanggil untuk disoal siasat atau tidak berhubung kes ini.

CATEGORIES