Malaysia Dateline

Polis sahkan Abang Khai diperiksa di SJR Perasing

Isu seorang menteri dikatakan telah diperiksa ketika melalui sekatan jalan raya (SJR) Perasing di Kemaman pada 16 Mei lalu hari ini telah terjawab.

Maklumat ini, disahkan oleh Ketua Polis Kuala Terengganu Datuk Roslee Chik bagaimanapun siasatan lanjut kini dijalankan termasuk dakwaan dan maklumat tular melibatkan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali itu.

Menurut Roslee, Khairuddin diperiksa ketika melalui SJR itu pada 16 Mei lalu dan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman sedang melakukan siasatan berhubung kes ini.

Memetik laporan Sinar, beliau berkata, siasatan penuh akan dilakukan termasuk semua mesej berangkai yang ditularkan sejak Rabu bagi merungkai khabar angin dan dakwaan yang tersebar.

Terdahulu, tular satu mesej di media sosial berhuhung penahanan Khairuddin di SJR Perasing yang didakwa bersama seorang usahawan wanita.