Polis sahkan ambil keterangan Arul Kanda

Polis sahkan ambil keterangan Arul Kanda

Polis mengesahkan telah mengambil keterangan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy (gambar), semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh ketika dihubungi mengesahkan perkara itu namun enggan mengulas lanjut.

“Ya dia (Arul Kanda) diambil keterangan semalam, saya boleh sahkan itu sahaja,” katanya malam tadi.

Media semalam melaporkan Arul Kanda memberi keterangan hampir lima jam kepada JSJK berhubung kandungan ceramahnya mengenai syarikat itu sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Mei lalu.

Arul Kanda dilaporkan mengadakan sejumlah 30 sesi penerangan dan soal jawab di seluruh negara bagi menerangkan segala keraguan berhubung isu 1MDB.

COMMENTS

Wordpress (0)