Polis sahkan jumlah rampasan wang tunai RM114juta

Polis sahkan jumlah rampasan wang tunai RM114juta

Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman hari ini mendedahkan, jumlah wang tunai yang terkandung di dalam 35 beg daripada 72 beg yang dirampas adalah sekitar RM114 juta dalam rampasan dilakukan di dua lokasi pada 18 Mei lalu.

Pengarah JSJK  Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh berkata, antara tujuan utama sidang media itu diadakan hari ini  berkata,  terdapat banyak spekulasi tentang rampasan yang dibuat, dan juga ada gambar-gambar tular yang kononnya menunjukkan isi kandungan rampasan.

“Ada juga media yang melaporkan jumlah wang serta nilai barang kemas dan jam tangan yang dirampas.

 “Saya menyangkal semua ini. Semua maklumat dan gambar-gambar yang tular adalah palsu dan tidak benar sama sekali dan ia adalah berita palsu,” katanya.

Polis juga mengesahkan 72 beg dan 284 kota telah disita pada 18 Mei lalu.

“Daripada 72 beg itu, 35 beg berisi wang tunai berjumlah RM114 juta daripada 26 mata wang, termasuk dolar Amerika, nilai mengikut kadar pertukaran pada 24 Mei.

“Sebelas mesin pengira wang digunakan oleh 21 pegawai polis untuk mengira wang tersebut. Ada juga pegawai dari Bank Negara serta Bank Islam.

“Daripada baki 37 beg, mengandungi barang kemas dan jam tangan dan harga akan dianggarkan pada Isnin.

“Semua barang kemas  di simpan di Ibupejabat Polis Bukit Aman manakala semua wang tunai di simpan di Bank Negara,” kata Amar Singh.

Amar Singh berkata, siasatan dibuat dibawah Seksyen 409 Kanun Prosedur Jenayah.

Semua beg dan wang yang dirampas adalah dari unit kosong di Pavillion. Dua lagi unit milik anak lelaki Najib dan Rosmah.

 

10.0
OVERALL SCORE
: 10.0
Have no any user vote