Malaysia Dateline

Polis, SKMM diminta segera ambil tindakan individu hina Rasulullah, Saidatina Aishah

Pemuda AMANAH Negeri Perak mmendesak pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil tindakan segera ke atas seorang pemilik akaun Facebook yang didakwa memuat naik karikatur menghina Nabi Muhammad SAW dan isteri, Saidatina Aishah.

Ketua Pemudanya Hasnul Zulkarnain Abd Munaim berkata, indakan tersebut adalah sangat melampau dan keterlaluan, ia telah melanggar sensitiviti umat Islam bukan sahaja di negara ini dan seluruh dunia.

“Pemuda AMANAH Negeri Perak mendesak pihak bertanggungjawab termasuklah pihak polis dan SKMM mengambil tindakan secara tuntas dan sewajarnya.

“Kami yakin Kerajaan Malaysia di era Malaysia Baru tidak akan membiarkan tindakan melampau sebegini berleluasa.

“Kami yakin, penghinaan ini tidak mewakili mana-mana pihak dan kami percaya tindakan Foo Sing Wai dikutuk oleh seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keharmonian di dalam kepelbagaian kaum. Isu ini bukan sekadar sensitiviti, tetapi ia adalah salah satu intipati ajaran agama Islam,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Hasnul Zulkarnain yang juga Adun Titi Serong berkata,tindakan individu terbabit menghina Rasulullah seolah-olah mencabar kesabaran umat Islam.

“Semua sedia maklum Nabi Muhammad adalah insan yang paling dihormati dan mulia disisi umat Islam,

“Kami beranggapan, penghinaan tersebut secara tidak langsung telah menggugat keamanan dan mencemarkan keharmonian negara.

” Seharusnya seluruh rakyat Malaysia menghormati sensitiviti semua agama di dalam negara ini dan tidak melakukan sebarang tindakan yang mampu mencetuskan ketegangan,” ujarnya.