Malaysia Dateline

Polis tahan ‘Apiez Bond’ yang didakwa ugut bunuh Ketua Hakim Negara, reman 4 hari

Polis telah menahan seorang lelaki berusia berusia 30 tahun malam tadi ekoran ugutan bunuh terhadap Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Bukit Aman, ACP Skandaguru Anandan dalam kenyataannya berkata, lelaki berkenaan ditangkap jam 11.15 malam di sebuah rumah di Pucong untuk membantu siasatan polis.

Tangkapan itu dibuat polis selepas menerima laporan mengenai ancaman dan ugutan di media sosial terhadap Ketua Hakim Negara yang dibuat naik oleh pemilik akaun facebook ‘Apieez Bond’, kata kenyataan itu.

Polis turut merampas satu telefon bimbit beserta kad sim yang dipercayai digunakan untuk memuat naik hantara ugutan tersebut.

“Suspek dibenarkan untuk ditahan reman selama empat hari bermula hari ini hingga 23 Ogos 2022 untuk siasatan lanjut,” kata Skandaguru.

Siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah dibawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 kerana mengeluarkan kenyataan yang berkecenderungan menghasut, Seksyen 506 kanun keseksaan kerana menakutkan secara jenayah dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

Semalam Ketua Polis Negara membuat kenyataan polis akan menyiasat segera kenyataan menghasut di media sosial terhadap Tengku Maimun ekoran perbicaraan ke atas Datuk Seri Najib Razak.

Selain melalui akaun Apiez Bond, satu lagi ugutan juga dibuat melalui akaun Twitter “TeamBossku #Sokong BN dulu, Kini & Selamanya“.

Dua akaun media sosial yang mengugut Ketua Hakim Negara.