Polis tahan dua lelaki insiden di tapak Kuil Sri Maha Mariamman

Polis tahan dua lelaki insiden di tapak Kuil Sri Maha Mariamman

Dua lelaki berusia lingkungan 30-an ditahan bagi membantu siasatan berhubung kekecohan yang berlaku di Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Putra Heights awal pagi tadi.

Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor berkata dua individu berkenaan ditahan ketika mendapatkan rawatan di Hospital Serdang pagi tadi akibat tercedera dalam kejadian pada kira-kira pukul 2 pagi.

“Sebanyak 18 buah kereta pelbagai jenis dan dua motosikal turut dibakar dalam kejadian berkenaan. Sebuah kereta peronda polis turut rosak akibat dibaling batu oleh perusuh,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya hari ini.

Insiden kekecohan itu dikatakan berlaku berikutan perselisihan antara dua kumpulan mengenai isu perpindahan tapak kuil, yang berusia lebih 100 tahun.

Video kejadian itu viral dalam media sosial. Turut dilaporkan banyak kenderaan terperangkap dalam kesesakan di sekitar kawasan berkenaan pada waktu puncak pagi ini.

Tonton video di sini