Malaysia Dateline

Polis terdiam wanita laung takbir ketika ditahan tak pakai helmet, selepas itu dia dilepaskan

Seorang anggota polis di Indonesia tergamam dan terdiam tatkala seorang penunggang motosikal melaungkan takbir di hadapannya selepas ditahan kerana tidak memakai helmet.

Menerusi klip video tular yang dimuatnaik rakyat di negara itu di Twitter, kelihatan seorang wanita memakai blazer berwarna khaki dan tudung merah jambu berhenti di hadapan seorang pegawai polis dalam satu sekatan jalan raya.

Belum sempat polis berkenaan berkata-kata apa, wanita tersebut lantas melaungkan takbir dengan aksi genggaman tangan yang penuh semangat.

“Selamat pagi. Ngerinya bangsa ini bila dikuasai agama, hukum agama. Ga usah punya sim dan helmet hanya modal teriak allahuakbar. Selesai,” tulis pemilik video berkenaan, @Tita83079013.

Wanita itu juga dilihat tidak memakai topi keledar semasa menunggang motosikal, manakala cermin sisi juga tidak dipasang.

Pegawai yang bertugas itu hanya memandangnya dengan meletakkan tangan di belakang. Dia kemudian mengangguk sebelum wanita itu beredar tanpa menoleh ke belakang.

Baca juga: Khalid bidas Hadi: Terima jawatan sebagai habuan untuk sokong PN pun sama seperti ambil rasuah

Baca juga: Mat Kilau trending dekat Twitter lepas ditayang di Netflix hari ini