Sorang suspek dari Malaysia dikesan melarikan diri dengan barang kemas bernilai RM909,500 di sebuah gedung barang kemas terletak di Hatyai Thailand.
Memetik dari bangkok post, polis Thailand menawarkan hadiah sebanyak RM13,000 kepada mereka yang berjaya mengesan suspek rakyat Malaysia ini.
Suspek yang bernama Yee Boon Long berumur 61 tahun ini dikesan meragut sebuah kedai emas bernama Thai Udom 2 di Jalan Montri, Pusat bandar Hatyai, Songkhla pada pukul 11.55 pagi .

Mengikut laporan, lelaki bersenjata tanpa menutup mukanya masuk ke kedai, menakutkan pekerja, dan meragut 138 bahagian barang emas dari kabin pameran sebelum melarikan diri.
Dia kemudian dilihat keluar dari premis dengan beg membawa harta curian dan melarikan diri menggunakan motosikal yang kemudian ditinggalkan kira-kira 300 meter dari lokasi kejadian.
Meraka yang mempunyai sebarang maklumat diminta tampil untuk menghubungi polis Thailand untuk membantu dalam siasatan.
Hadiah RM13,000 ditawarkan sebagai insentif kepada pemberi maklumat yang berjaya membawa kepada penangkapannya.