Malaysia Dateline

Polis tidak benarkan peserta himpunan ke Masjid Negara

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Amihizam Abdul Shukor memaklumkan kepada peserta perhimpunan untuk hanya berarak di sepanjang Jalan Bangsar sahaja.

Katanya, para peserta himpunan tidak dibenarkan meneruskan perjalanan ke Masjid Negara.

Kira jam 11.00 pagi para peserta himpunan Tangkap Azam Baki berkumpul bawah jambatan LRT Bangsar, kemudian kini menuju ke Masjid Negara walaupun diminta berhenti di Brickfield oleh polis.