Malaysia Dateline

Polis tumpas sindiket jual daging kucing untuk dimakan manusia

Sindiket perdagangan daging kucing untuk dijual dan dimakan manusia akhirnya tumpas apabila berjaya dikesan pihak polis.

Sindiket ini telah menggunakan burung pipit hidup sebagai umpan bagi memudah menangkap kucing.

Kira-kira 150 kucing yang dikurung dalam 11 sangkar serta 31 burung pipit yang digunakan sebagai umpan berjaya diselamatkan di Jinan, ibu kota wilayah Shandong, Khamis lalu.

Humane Society International ( HSI) mendedahkan, sindiket berkenaan meletakkan burung pipit di dalam beg dawai sebagai alat perangkap kawalan jauh untuk memikat sebelum menangkap kucing peliharaan.

Sindiket dipercayai menjual daging kucing terbabit untuk dimakan manusia.

Polis tumpas sindiket jual daging kucing untuk dimakan manusia

Kucing-kucing itu disasarkan untuk dihantar ke selatan China.

Polis menahan beberapa ahli kumpulan itu dan siasatan sedang dijalankan.

Huang Ziyang dari kumpulan perlindungan haiwan tempatan yang disokong HSI, Vshine berkata, dua penduduk yang mengenal pasti haiwan peliharaan mereka dicuri berjaya menemui kucing itu.

China tidak mempunyai undang-undang perlindungan kekejaman haiwan yang boleh digunakan untuk mendakwa suspek.

Namun, mereka boleh berdepan hukuman di bawah beberapa undang-undang lain kerana memburu burung pipit, spesies yang dilindungi di China, kecurian harta benda dan melanggar peraturan pencegahan wabak haiwan.

Anjing dan kucing jarang dimakan oleh peratusan kecil penduduk di tanah besar China, namun dianggarkan kira-kira 10 juta anjing dan empat juta kucing dibunuh untuk kegunaan manusia setiap tahun di seluruh negara, menurut HSI.

Pada 2020, dua bandar utama di selatan China, Shenzhen dan Zhuhai, mengharamkan pengambilan daging anjing dan kucing.

Berdasarkan tinjauan laman berita ifeng.com hampir 75 peratus responden daripada 378 juta orang di tanah besar China menunjukkan sokongan terhadap usaha itu.

Baca juga: Ibu buang rasa malu rayu pada ATM anaknya mengidam naik kereta kebal akhirnya tertunai

Baca juga: Siapa sangka tukang landskap berkulit hitam ini sebenarnya royalti di kampung asalnya