Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Polisi hapus hukuman jenayah terhadap penagih mudahkan rawatan

Polisi hapus hukuman jenayah terhadap penagih mudahkan rawatan

Oleh ARIF ATAN Foto: WAN ZAHARI WAN SALLEHJanuary 30, 2020 5:39 pm




Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menegaskan polisi baru dekriminalisasi iaitu penghapusan hukuman jenayah terhadap penagihan dadah di negara ini bertujuan bagi membantu golongan itu mendapatkan rawatan yang sewajarnya.

Menurutnya, perubahan dasar (gamechanger) itu adalah melihat penagihan dadah dari perspektif penyakit yang perlu dirawat dan bukan dikenakan tindakan undang-undang.

Sehubungan itu, pendekatan menghapuskan hukuman jenayah untuk penggunaan dadah, jelasnya, adalah berpandukan bukti bukannya mengikut persepsi.

“Kerajaan bukan sahaja bertanggungjawab untuk menghentikan pengedaran dadah tetapi juga memfokuskan kempen pencegahan dadah yang berkesan dan menjadikan rawatan ketagihan dadah lebih mudah untuk diakses.

“Dasar kami mestilah berasaskan bukti, bukan berdasarkan kepercayaan atau tanggapan peribadi.

“Saya menggesa semua pihak untuk mendahulukan rakyat kita lebih lagi daripada politik. Ini kerana isu dadah tidak mengira kaum, agama dan parti politik. Rakyat perlu menjadi keutamaan kami,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada forum mengenai “Menyemak Kembali Dasar Dadah di Malaysia”, anjuran Universiti Malaya (UM) dengan kerjasama Suruhanjaya Global Mengenai Polisi Dadah.

Dalam masa sama, Dr Dzulkefly yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor itu memaklumkan polisi dekriminalisasi itu harus dimulakan dengan “penuh bijaksana dan menggunakan pendekatan berasaskan bukti”.

Pengarah Strategi AMANAH tersebut menegaskan langkah memperbaharui pendekatan terhadap penyalahgunaan dadah tidak wajar dikelirukan dengan tindakan menghalalkan aktiviti tersebut.

“Jangan kelirukan isu ini. Kami bukan menghalalkan penggunaan atau penagihan dada. Kami mengambil langkah kecil untuk reformasi dengan akhirnya memahami ketagihan dadah adalah sejenis penyakit.

“Apabila sentuh mengenai isu ketagihan, kita mesti membantu mereka kerana mereka adalah pesakit. Mereka perlu dibantu. Itulah idea di sebalik dikriminalisasi,” ujarnya.

Beliau berkata, penagih dadah perlu dibantu dan bukannya dihukum penjara.

“Jangan stigmakan mereka dengan memenjarakan mereka, jangan kurung mereka tetapi tolong mereka,” tambahnya lagi.

Oleh sebab itu, jelasnya, rakyat tidak harus salah faham terhadap perubahan dasar tersebut kerana ia bukan untuk menghalalkan penagihan dadah, sebaliknya menggunakan pendekatan merawat mereka yang sengsara akibat dadah.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Ketika berebut makanan, mereka minta kotak untuk alas tidur

“Beli 1 Mercedes minta maaf, beli 14 Mercedes banyak pula dalil”

Benarkah jasa Mahathir menyebabkan PH menang PRU-14?

Selepas tindakan Nazri, kini terserah kepada Agong untuk tukar PM, kata peguam

Terkini

Belum siap tetapi bangunan baharu Hospital Tanah Merah terbakar

Sudah jadi kerajaan, Pas dikecam hanya bincang isu artis bertudung

Minum bir di pusat kuarantin biadab ketika barisan hadapan sibuk selamatkan rakyat

‘Ahli Parlimen tidak boleh bincang kepentingan rakyat di kedai mamak’

Awas Covid-19: Lagi 3,339 dijangkiti, 240 kes ICU, 10 kluster baharu

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production