Ini adalah ulasan ahli ekonomi Bank Dunia berkenaan pengurangan bekalan produk pertanian disebabkan polisi kawalan harga dan subsidi yang diamalkan di Malaysia. Malah, Malaysia dikatakan negara yang paling banyak harga dikawal di rantau ini.
Seingat saya dahulu, kawalan harga hanya lebih menyeluruh di musim-musim perayaan.
Apabila berlaku kenaikan harga dunia disebabkan pembukaan ekonomi selepas Covid-19 dan peperangan di Ukraine, kerajaan telah menjadikan kawalan harga sebagai satu kaedah untuk melawan fenomena dunia ini. Lagi pun di ketika itu dekat pilihanraya, kan?
Menurut laporan ini, pengeluar produk yang terkesan telah mengurangkan pengeluaran sebanyak 25%. Ini adalah kerana tidak berbaloi bagi pengeluar untuk mengelurkan produk seperti biasa kerana keuntungan yang semakin mengecil atau pun sudah rugi.
Orang berniaga tujuannya untuk mencari untung kerana mereka sudah melaburkan dana yang besar di dalam membina keupayaan untuk mengeluarkan produk.
Subsidi pula lebih tertumpu kepada beras menyebabkan pihak yang menceburi bidang pertanian yang lain tidak mempunyai insentif untuk menambah pengeluaran di dalam keadaan kos yang meningkat secara keseluruhannya.
Pada pandangan saya, di sinilah hebatnya Rasulullah SAW di dalam menjaga hak pelbagai pihak. Saya ada membaca satu hadis berkenaan keengganan baginda untuk menetapkan harga apabila harga barang naik. Penetapan harga barangan dimulakan oleh kerajaan Islam selepas baginda wafat.
Saya mencadangkan di adakan forum di antara orang-orang agama dan pakar ekonomi berkenaan polisi kawalan harga ini. Ini membolehkan orang agama memahami kesan ke atas bekalan apabila harga di kawal dan juga pemgambilan hak peniaga sekirannya polisi berkenaan menyebabkan peniaga rugi.
Di dalam masa yang sama, orang-orang agama pula boleh menerangkan asas mengapa mereka membolehkan kawalan harga walaupun Rasulullah SAW tidak mahu melakukannya.
Saya nak tahu juga alasannya dan samada alasan berkenaan wujud di ketika ini dan bagaimana hak pengeluar tidak diambil melalui polisi kawalan harga ini.
Di dalam Islam, menjaga hak manusia adalah sesuatu yang besar dan tidak boleh dibuat secara main-main.
Peningkatan kos di dunia adalah fenomena yang ditanggung oleh pelbagai negara. Menafikan fenomena ini dan mengambil jalan mudah dengan mengawal harga dan subsidi mungkin bukan sesuatu yang adil.
Sekarang ramai yang menyuarakan masalah menunggu di hospital dan bebanan guru di sekolah. Semua itu berlaku kerana kerajaan tidak mempunyai cukup dana.
Hutang kerajaan pun sudah sampai RM 1.4 trilion. Banyak duit kerajaan digunakan sebagai subsidi minyak. Rakyat suka.
Maknanya kitalah yang mendorong kerajaan untuk memilih mengurangkan dan untuk sektor kesihatan dan pendidikan kerana tidak mahu kos pengangkutan kita naik.
Di dalam kehidupan ini, kita kena menghadapi akibat dari pilihan yang kita buat.
Tulisan asal : Polisi yang popular tak semestinya menjadi
Baca juga : Pemandu Tesla nyenyak tidur, pengguna lain bunyikan hon bimbang pengsan