Politik balas dendam: Najib buat dulu kita tak komplain pun, kata Mahathir

Politik balas dendam: Najib buat dulu kita tak komplain pun, kata Mahathir

Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat ‘politik balas dendam’ Datuk Seri Mohd Najib Razak lebih teruk daripada kerajaan Pakatan Harapan di bawah kepimpinannya hari ini.

“Kita nak balas dendam apa? Apa yang dia (Najib) buat dulu lebih macam tu kita tak komplain pun.

“Semua kawan saya dihalau tak bagi kawan dengan saya. Pembekuan akaun mereka juga telah dibekukan..kita tak komplain

“Ini kononnya tuduhan (politik balas dendam) apa yang dia nak tuduh…dia boleh tuduhlah, jika dia tak bersalah…dia boleh bawa ke mahkamah,” ujarnya dalam sidang media diadakan Kompleks Yayasan Kepimpinan Perdana, di Putrajaya hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan media mengenai dakwaan anak perempuan kepada bekas perdana menteri itu Nooryana Najwa yang mendakwa tindakan SPRM menahan bapanya dan membekukan akaun ahli keluarganya sebagai politik balas dendam kerajaan Pakatan Harapan di bawah kepimpinan Dr Mahathir.

Ditanya mengenai sama ada beliau tahu lokasi sebenar Jho Low yang kini di katakan pihak polis sedang berada di Macau, Dr Mahathir berkata beliau tidak tahu menahu dan tidak begitu ambil tahu lokasi di mana Jho Low berada.

“Saya tak mengikuti di mana Jho Low sedang berada, saya tidak tahu di mana. Ini tanggungaawab piha yang berkuasa untuk mencarinya dan mengadakan rundingan dengan mereka yang berkaitan dengan skandal 1MDB,” ujarnya.

9.8
OVERALL SCORE
: 9.0
5 user votes x 10.0
CATEGORIES
TAGS