Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Politik diketepikan, sambutan Tahun Baharu Cina di Sarawak meriah

Politik diketepikan, sambutan Tahun Baharu Cina di Sarawak meriah

Oleh MAHDAR BUJANGJanuary 26, 2020 10:12 am




Chong menerima kunjungan Abang Johari dan pemimpin lain pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina di Kuching semalam.

Walaupun berbeza ideologi politik, namun ia tidak menghalang rakyat dan pemimpin di Sarawak untuk bersama-sama meraikan sambutan Tahun Baharu Cina 2020 semalam.

Ini terbukti apabila majlis sambutan yang dianjurkan oleh pemimpin DAP di negeri ini julung kalinya dihadiri Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg serta beberapa Menteri Kabinet Negeri Sarawak.

Majlis telah dihoskan oleh Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sarawak yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Hal Ehwal Pengguna, Chong Chieng Jen yang berlangsung di Bangunan Persatuan Gereja-Gereja di Kuching.

Abang Johari turut ditemani oleh Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri James Jemut Masing, Menteri Muda Undang-undang, Hubungan Persekutuan-Negeri dan Pemantauan Projek, Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali serta Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan, Datuk Julaihi Narawi.

Pimpinan AMANAH Sarawak diketuai Abang Halil Abang Naili turut hadir memeriahkan majllis sambutan Tahun Baharu Cina 2020.

Turut serta ialah Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr. Kelvin Yii, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Padungan, Wong King Wei dan Adun Pending, Violet Yong.

Chong yang ditemui media selepas itu berkata, pihaknya amat senang hati menerima kunjungan Ketua Menteri yang sudi meluangkan masa dan memeriahkan rumah terbukanya.

Katanya, kepelbagaian masyarakat, kaum, budaya dan agama yang hadir pada majlis sambutan kali ini telah membuktikan bahawa Sarawak adalah sebuah negeri yang aman dan harmoni.

“Justeru, saya berharap tahun baharu ini akan membawa tuah kepada Sarawak dan akan lebih maju lagi,” ujarnya.

Sebelum itu, majlis tersebut yang bermula pada jam 10 pagi turut dihadiri kepimpinan komponen PH lain di negeri ini iaitu Parti AMANAH Negara, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

 

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Ketika berebut makanan, mereka minta kotak untuk alas tidur

“Beli 1 Mercedes minta maaf, beli 14 Mercedes banyak pula dalil”

Benarkah jasa Mahathir menyebabkan PH menang PRU-14?

Selepas tindakan Nazri, kini terserah kepada Agong untuk tukar PM, kata peguam

Terkini

Selepas Ketua Bersatu Sepang positif Covid-19, apa nasib peserta program gunting rambut?

Belum siap tetapi bangunan baharu Hospital Tanah Merah terbakar

Sudah jadi kerajaan, Pas dikecam hanya bincang isu artis bertudung

Minum bir di pusat kuarantin biadab ketika barisan hadapan sibuk selamatkan rakyat

‘Ahli Parlimen tidak boleh bincang kepentingan rakyat di kedai mamak’

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production