Politik kebencian akan dikalahkan

Negara dalam suasana meriah, menyambut ulangtahun kemerdekaan dengan kibaran bendera jalur gemilang di mana-mana.

Ia lebih mempunyai makna lagi kerana ia disambut dalam suasana baharu, kerajaan baharu yang telah dipilih oleh majoriti rakyat dalam PRU ke-14 yang lalu dalam suasana aman yangmenjadi sejarah penitng, dikagumi negara lain.

Ia disambut oleh rakyat yang mahukan perubahan dan sudah tentu mahukan kerajaan baru menunaikan ikrar dan janjinya untuk dilaksanakan dalam 100 hari.

Kini janji itu ada yang sudah dapat dilaksanakan, ada yang belum.

Namun kerajaan baharu berusaha keras untuk melaknakankan janji dan ikrar itu, walaupun dalam suasana kekangan kewangan dan hutang yang bertapuk ditinggakan oleh kerajaan lama.

Maka rakyat perlulah bersabar. Musuh politik kerajaan Pakatan Harapan, termasuk kalangan sesetengah yang bergelar agamawan, siang malam melemparkan pelbagai tuduhan, kritikan yang tajam penuh kebenciaan, merentasi lojik akal rasional, disebabkan penuh dendam kesumat.

Malah dilihat melupakan pesan-pesaan agama yang penuh dengan kasih sayang, hormat menghormati, menghargai pendapat yang berbeza yang diajar oleh agama sejak zaman berzaman.

Ternyata rupanya dendam politik kebencian membakar segalanya dan ini sungguh malang.

Apa yang boleh diharapkan dari lontaran kebencian yang panas dan tajam dari golongan yang memusuhi kerajaan baharu ini.

Namun kita yakin majoriti rakyat yang mengundi Pakatan Harapan dulu itu masih menyokong dan bersimpati dengan kerajaan baharu.

Derma untuk Tabung Harapan kini sudah meningkat terus, iaitu sumbangan dari pelbagai lapisan rakyat yang patriotik, iaitu rakyat yang tidak terhempas oleh dendam dan prejudis politik yang membakar segala nilai murni.

Kini, bendera Jalur Gemilang berkibar di mana-mana di seluruh tanah air. Ia sangat bererti, terutamanya dalam suasana kerajaan baru, sebuah Harapan untuk masa depan negara yang gilang gemilang.

Dalam suasana begini, kita terkenang kembali pada malam 31 Ogos 1957, di Dataran Merdeka di depan bangunan bersejarah Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur di mana berlansung perhimpunan bersejarah itu. Tepat pada jam 12.00 tengah malam, jam besar di bangunan tersebut berbunyi 12 kali, maka para pemuda yang penuh semangat menurunkan bendera Union Jack, lambing pemerintahan British selamaa ratusan tahun. Kemudian dinaikkan bendera Malaya. Berkibarlah Jalur Gemilang yang kemudain ditambah jalurnya dengan kemasukan Sabah dan Sarawak ke dalam Malaysia di tahun 1963.

Perdana Menteri Pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, bersama Raja-raja Melayu dan semua yang hadir di Dataran Merdeka itu, berteriak ‘Merdeka! Merdeka! Merdeka!’ lalu wakil Kerajaan Britishpun menyerahkan watikah pemerintahan British kepada Tunku Abd Rahman Putra, bermakna Malaya menjadi sebuah negara merdeka dnn berdaulat.

Kemudian Tunkupun berucap, memberi jaminn bahawa rakyat pelbagai kuum akan menjalani kehidupan yang harmuni.

Dalam semangat menyambut ulang tahun kemerdekaan tanah air ini, hendaknya akan berkurangan api perkaumman yang yang diteriakkan oleh sesetengah pihak.

Tidak ada siapa yang tidak mencintai dan mempertahankan hak bangsanya sendiri, namun semuanya itu tidak sampai membenihkan kebencian kepada pihak lain.

Maka mari kita terus mengibarkan Jalur Gemilang dengan segala semangat yang dibawanya. Jalur Gemilang adalah bahtera merdeka dan jangan lupa akan sumbangan para pejuang kemerdekan sejak zaman berzaman.

CATEGORIES