Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Politik ‘keterlaluan’ antara masalah  keretakan perpaduan, kata Soh Chin Aun
Datuk Soh Chin Aun menunjukkan aksinya ketika menjadi tetamu jemputan pada Pertandingan Bola Sepak Perpaduan Piala Khalid Samad di Shah Alam pada Ahad. - Foto FB Khalid Samad.

Politik ‘keterlaluan’ antara masalah keretakan perpaduan, kata Soh Chin Aun

MALAYSIADATELINEJanuary 13, 2020 7:28 am




Melihat kepada wujudnya bibit keretakan perpaduan rakyat di negara ini, legenda bola sepak negara, Datuk Soh Chin Aun menzahirkan kekecewaannya.

Beliau akui, isu keretakan perpaduan yang sedikit sebanyak berkait kemelut politik perlu diselesaikan dengan baik oleh para pemimpinnya.

“Buat masa ini di negara kita, ramai ahli politik yang yang bercerita pasal perkauman dan sebagainya. Tetapi sebenarnya, di hati mereka, saya rasa mereka tidak mahu ada benda (masalah perkauman) macam ini berlaku.

“Saya fikir, kita tidak mahu cerita berkenaan masalah perkauman dan sebagainya, itu akan menjadikan kita lebih baik kerana perkara seperti ini adalah sensitif. Bagi sesiapa pun, mereka tidak suka.

 “Kita mesti duduk satu meja, bercakap dengan baik. Kita tidak mahu bila jadi isu seperti ini (perkauman), orang rasa tidak sedap (tidak suka). Mereka (ahli politik) hanya suka bercakap kerana mereka mempunyai agenda la. Jadi, kita biarkan sahajalah,” ujarnya seperti dipetik laporan Astro Awani pada Ahad.

Beliau sebelum itu menjadi tetamu jemputan pada Pertandingan Bola Sepak Perpaduan Piala Khalid Samad yang menyaksikan penyertaan 16 pasukan pelbagai kaum dalam pertandingan sehari itu.

Mahu melihat Malaysia menjadi lebih baik, Chin Aun berkata sukan sepatutnya menjadi penyatuan perpaduan rakyat.

“Kita perlu ada pertandingan (berkonsep) sebegini. Di padang, kita bersama bermain bola, kita lupakan perkara lain.

“Kita hanya fikir bagaimana untuk jaringkan gol. Itu sahaja. Kita tidak bercakap soal politik, atau perkara lain.

“Kita mahu menang dalam pertandingan bola sepak, bukan menang dalam isu-isu sebegini (isu perkauman),” katanya.

Pertandingan bola sepak 9 sebelah itu mensyaratkan supaya setiap pasukan mempunyai sekurang-kurangnya tiga anggota berlainan bangsa.

Sejumlah 16 pasukan bertanding dengan disertai oleh bukan sahaja mereka yang berbangsa Melayu, Cina, India dan Sikh, tetapi juga etnik lain seperti Iban, Murut dan Bidayuh.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Peniaga pisang goreng anggap timbalan menteri “agak kurang sopan”

Annuar sahkan Anwar cukup sokongan jadi PM?

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Rakyat Kelantan bina jambatan guna batang kayu, duit kerajaan negeri beli Mercedes Benz

PENDAPAT: PN bercempera pun salah DAP

Terkini

RM35 juta untuk projek bina 3 dewan, kata Pejabat JPM

Hanipa minta gerai jual burger dibuka hingga jam 12 malam

Vaksin COVID-19: Khairy kecewakan rakyat Malaysia

4,029 kes baru tertinggi direkodkan hari ini

Muhyiddin digesa sahkan kesahihan surat projek bina dewan RM35 juta

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production