Malaysia Dateline

Politik propaganda, politik menakutkan harus dihentikan, kata Aiman Athirah

Politik propaganda menekan rakyat yang berbeza kecenderungan politik dan politik “instill fear” harus dihentikan segera, kata Ketua Penerangan Wanita Pakatan Harapan Aiman Athirah Al Jundi.

Beliau berkata, kerajaan tidak perlu perlu khuatir dan risau dengan perkembangan yang mana dunia dan manusia, tamaddunnya sudah jauh ke hadapan kini.

“Jangan uruskannya dengan cara dan skill lama yang ketinggalan zaman.

“Mereka boleh memilih untuk bersama dengan mana-mana parti, sama ada Umno- BN atau Pakatan Harapan. Mana-mana yang mereka yakini supaya membela kehidupan dan masa depan mereka khususnya dan rakyat serta negara amnya.

“Berikan hak itu kepada mereka. Kemudian biarkan mereka mengendalikannya secara profesional dan matang,”ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Datuk Rizal Mansor

Beliau mengulas mengenai kenyataan Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Khas Pejabat Perdana Menteri, Datuk Rizal Mansor Pembantu khas kepada isteri perdana menteri, semalam, menasihatkan golongan artis agar tidak dipergunakan oleh parti-parti pembangkang.

Rizal turut mengucapkan tahniah kepada Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin kerana menjuarai rancangan Gegar Vaganza musim ke-4 (GV4) yang juga adalah ahli Parti Amanah Negara (Amanah).

Aiman Athirah yang juga Jawatankuasa AMANAHA Nasional berkata, kenytaan Rizal itu sangat lucu dan disifatkan sebagai satu lagi sikap tipikal serta usaha stereotaip Umno-BNdalam memandang serta meletakkan kredibiliti sekaligus intelektualisma para artis pada tahap yang sangat rendah.

“Hakikatnya artis juga adalah sebahagian daripada entiti rasmi dalam negara. Hak mereka dijamin oleh Perlembagaan sama seperti hak semua rakyat dalam kelompok kerjaya berbeda masing-masing.

“Artis bukan mesin dan robot seni yang hanya diambilkira pandangan serta kewujudan mereka sebagai penghibur dan terhad kepada industri hiburan semata-mata.

“Mereka adalah insan rakyat yang juga punya kemuliaan dan kebebasan bersuara. Sekaligus setiap mereka berhak menyatakan sikap serta pendirian yang bukan sahaja dalam bidang seni, tetapi bidang kehidupan yang lebih besar yang mana artis sendiri adalah sebahagian daripada kelompok sosial itu,” ujarnya.

Aishah yang menjadi juara Konsert Gegar Vaganza 4 pada Ahad lalu dikritik oleh Rizal Mansor.

Katanya lagi, Aishah adalah salah seorang Jawatankuasa Pimpinan Nasional Parti Amanah Negara (Amanah).

“Beliau bukan ahli biasa atau pimpinan peringkat rendah dalam parti yang selayaknya dituduh dan dilabel sebagai “dipergunakan oleh pembangkang”.

“Sebaliknya, Aishah turut merupakan pimpinan peringkat Nasional. Kedudukan beliau di situ adalah kerana keupayaan serta kekuatan idea dan Karisma kepimpinannya.

“Aishah secara peribadi bukan saja memiliki bakat seni yang hebat, bahkan bakat kepimpinan, idea serta ideologi perjuangan yang baik untuk Malaysia.

“Malah, beliau mempunyai pandangan yang baik darihal bagaimana membangunkan Industri Hiburan dengan menjadikannya sebagai satu bidang serta kerjaya yang seharusnya diurus dengan profesionalisma yang tinggi. Sekaligus kebajikan para artis dan kumpulan sokongan (produksi) diberikan perhatian tersusun secara kolektif dan efektif,” terangnya.