Politik Terengganu kembali bergelora menjelang sidang 8 Ogos

Menjelang sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu 8 Ogos ini, politik Terengganu semakin panas apabila besar kemungkinan berlaku sekali lagi undi tidak percaya terhadap kerajaan negeri ekoran cadangan memecat bekas MB Datuk Seri Ahmad Said dari Umno.

Politik Terengganu kembali bergelora menjelang sidang 8 Ogos

Menjelang sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu 8 Ogos ini, politik Terengganu semakin panas apabila besar kemungkinan berlaku sekali lagi undi tidak percaya terhadap kerajaan negeri ekoran cadangan memecat bekas MB Datuk Seri Ahmad Said dari Umno.

Ia dinyatakan sendiri oleh Exco kerajaan negeri yang juga Adun BN Ajil, Ghazali Taib dalam satu kenyataannya hari ini.

Ghazali Taib, Exco dan juga Adun Ajil.Exco Komunikasi dan Multimedia dan Pengerusi Jawatankuasa Tugas Khas itu berkata, ini berikutan desakan menteri besar Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman agar bekas menteri besar, Datuk Seri Ahmad Said dipecat dari Umno.

“Kebimbangan dilihat di kalangan orang Terengganu dan majoriti Adun disebabkan oleh senario politik keliru dan tidak stabil di negeri ini.

“Mereka tidak pernah mencari satu senario di mana seorang MB telah dilucutkan gelaran negerinya (Datuk dan Datuk Seri dari MB Terengganu).

“Ini sudah merupakan petunjuk kepada semua orang bahawa ada sesuatu yang tidak kena sedang berlaku di negeri ini,” kata Ghazali dalam kenyataan itu.

Baru-baru ini, Razif meminta Majlis Tertinggi Umno bertindak memecat Ahmad Said.

Ekoran itu, ketika berucap di Kemaman baru-baru ini, Ahmad Said yang lebih mesra dengan panggilan Mat Said itu berkata, masa beliau dalam Umno kini sangat terbatas.

“Saya hanya ada masa sedikit saja lagi untuk membuat keputusan, samada saya meninggalkan Umno atau Umno meninggalkan saya,” kata Ketua Umno Bahagian Kemaman itu dalam satu ucapannya di Kemaman baru-baru ini.

Menurut Ghazali, rakyat tidak berpuashati kerana mereka tidak tahu bagaimana kerajaan negeri mahu menyelesaikan isu jika Mat Said dikeluarkan kerana bilangan kerusi antara kerajaan dan pembangkang akan menjadi sama iaitu 16:16.

“Apabila kita tidak tahu bagaimana untuk menguruskan kerajaan negeri, terutama mempunyai keadaan yang rapuh dengan hanya majoriti dua kerusi. BN 17, PAS 14 dan PKR 1.

“Dengan apa-apa kerajaan rapuh kita tidak mampu untuk mempunyai Umno yang dibahagikan dengan pemecatan penyandangnya.

“Kita perlu mengetepikan perbezaan kita, sama ada kita suka atau tidak, dan menyatukan semua ahli dan wakil rakyat,” kata Ghazali yang dipercayai ditujukan kepada cadangan memecat Mat Said oleh MB Terengganu itu.