Politik wang penting jika jadi pemimpin parti , kata Rani Kulup

Politik wang penting jika jadi pemimpin parti , kata Rani Kulup

Sebagai seorang pemimpin harus mempunyai wang yang banyak untuk memastikan kepimpinan boleh disokong oleh ahli akar umbi parti, kata Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan MuhibbahAbdul Rani Kulup Abdullah.

“Belum menang kena ada duit apatah lagi dah menang lagi kena ada duit.

“Isteri Nabi (Rasulullah saw) sampai hampir bankrap kerana Nabi banyak pakai duit Siti Khadijah untuk mengembangkan agama Islam
dan membebaskan hamba abdi.

“Nabi nak kembangkan syiar Islam, baginda nak berperang, walaupun gunakan panah dan tombak, tapi kuda dan unta yang bala tentera  tunggangi untuk pergi berperang itu juga gunakan duit kerana nak bagi makan dan minum kepada kuda dan unta.

” Bila saya kata politik wang itu perlu ramai yang tak setuju.

“Politik wang sangat penting,  walaupun dah menang. Kalau tidak ada duit memang tidak boleh bergerak (parti).

“Parti akan jahanam jika takda politik wang,” ujarnya ketika ditemui Malaysia Dateline  di Pusat Dagangan Dunia Putr hari ini.

Beliau hadir untuk melihat suasana pemilihan perwakilan bahagian yang berlansung di seluruh negara hari ini. Di PWTC tiga bahagian mengadakan mesyuarat bahagian  iaitu Bukit Bintang, Putrajaya  dan Subang.

Abdul Rani yang mesra dengan panggilan Ayahanda itu,  membandingkan ‘politik wang’ itu dengan Tabung Harapan Malaysia (THM) yang kini sudah mencecah lebih RM108juta yang ditubuhkan pada 30 Mei lalu oleh kerajaan PH.

“Jika kerajaan PH boleh buka tabung kutip duit,.. untuk siapa duit itu? Jika bukan untuk parti. Jahanam parti kalau tidak ada duit. Itulah asalnya parti-parti pembangkang dahulu, kutip duit dalam ceramah parti  mereka, Bila menang mereka tetap lakukan perkara sama (tubuh THM),” ujarnya.

Ditanya antara tiga calon Presiden bertanding hari ini, siapa yang beliau yakin berduit dan dapat membantu pergerakan parti jika menang bertanding?

” Nak jadi ketua (Presiden) mereka kenalah ada duit. Kalau kedekut mana ahli bawahan nak buat kerja. Saya tak kata Zahid, Ku Li, KJ kedekut, tapi sebagai seorang pemimpin harus ada duit yang banyak.

” Kita tidak tahu siapa yang banyak duit sekarang ni untuk gerakkan parti, kalau nak tahu tunggulah siapa yang jadi pemimpin (Presiden). Kalau ahli akar umbi nak minta Presiden  tapi Presiden  tak bagi,.. lihatlah nanti kuasa ahli akar umbi Umno sendiri yang akan jatuhkan pemimpin mereka,” ujarnya.

5.0
OVERALL SCORE
: 10.0
1 user vote x 0.0