Port Dickson boleh jadi Parlimen terpenting jika Anwar menang

Port Dickson boleh jadi Parlimen terpenting jika Anwar menang

Menteri Wilayah, Khalid Abdul Samad berkata Parlimen Port Dickson boleh menjadi antara Parlimen terpenting sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim menang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson pada 13 Oktober ini.

Beliau berkata, Ketua Umum PKR itu juga boleh membantu urusan pentadbiran kerajaan sekarang untuk menjadi lebih baik pada masa hadapan sekiranya menjadi Perdana Menteri.

“Kerajaaan sekarang akan berdepan dengan pelbagai kritikan terutama sekali kepada pembangkang yang dipimpin oleh Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi,

“Dengan pengalaman yang dimiliki oleh Datuk Seri Anwar, pastinya akan membantu kerajaan sekarang untuk berdepan pengkritik-pengkritik kerajaan ini,” katanya pada ceramah yang diadakan di Dewan Tokong Leong Hin San semalam.

Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam  berkata, kritikan terhadap kerajaan akan sentiasa ada untuk menjatuhkan PH yang memerintah, namun jika semua kerja dilakukan dengan betul dan berfakta maka tiada apa yang perlu dirisaukan serta semuanya akan berjalan lancar.

Ceramah diadakan turut dihadiri antaranya bekas penyandang Datuk Danyal Balagopal Abdullah, Ahli Parlimen Lumut Dr Mohd Hatta Ramli dan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar.

Dr Mohd Hatta Ramli

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Lumut, Dr Mohd Hatta Ramli menyeru semua pemimpin Pakatan Harapan (PH) untuk menolong Datuk Seri Anwar berkempen di Port Dickson ini.

“Semua pemimpin dalam PH perlu memainkan peranan untuk memastikan kemenangan milik kita serta membuatkan orang ramai keluar untuk mengundi pada 13 Oktober nanti,” katanya

Dr. Hatta yakin jika Datuk Seri Anwar kembali dalam arena politik ini, pembangkang pasti akan lebih gelisah.

“Lihat sajajalah pengalaman beliau sendiri yang hampir 20 tahun berada dalam politik, sangat berkaliber untuk memimpin dan merupakan calon Perdana Menteri Malaysia ke-8,”ujarnya.

Beliau menegaskan, Datuk Seri Anwar serta keluarga sebagai seorang yang tabah setelah dilimpahi pelbagai cabaran sepanjang berada di arena politik ini.

“Justeru itu, ingin saya jelaskan di sini, perjuangan Datuk Seri Anwar, akan mendapat sokongan penuh oleh semua yang berada di dalam PH,

“Datuk Seri Anwar tidak lagi keseorangan atau pun hanya disokong oleh isteri dan anak beliau, namun pada kali ini, marilah semua menyokong Datuk Seri Anwar dan berikan yang terbaik buat kerajaan PH sekarang,”

PRK PD akan diadakan pada 13 Oktober ini menyaksikan Datuk Seri Anwar akan dicabar calon Pas, Mohd. Nazari Mokhtar dan bekas Ketua Umno Bahagian Telok Kemang, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad yang bertanding sebagai calon Bebas.

Turut bertanding sebagai calon Bebas ialah bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, Stevie Chan Keng Leong, Lau Seck Yan dan Kan Chee Yuen.

Antara pimpinan Pakatan Harapan yang hadir untuk memberikan ceramah pada kempen calon PRK Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dun Linggi.

8.5
OVERALL SCORE
: 7.0
1 user vote x 10.0