Portfolio Mahathir sebagai menteri pelajaran didakwa bercanggah dengan manifesto PH

Portfolio Mahathir sebagai menteri pelajaran didakwa bercanggah dengan manifesto PH

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad didapati telah melanggar perjanjian di dalam manifesto Pakatan Harapan untuk mengehadkan kuasa dan portfolio seorang perdana menteri.

Ketua Penerangan Pas Nasrudin Hassan berkata, Pengerusi Pakatan Harapan itu juga telah memberikan sebab yang tidak munasabah apabila beliau sendiri memegang jawatan menteri pelajaran.

” PH menjanjikan agar PM (Perdana Menteri) tidak boleh memegang banyak jawatan menteri lain atas tujuan limitasi kuasa seorang bergelar PM.

“Nampaknya Tun M telah meredah sempadan janji PH apabila turut menamakan diri juga sebagai Menteri Pelajaran.

“Pula memberi alasan yang sangat tidak munasabah iaitu Rakyat Malaysia ramai yang tidak berpelajaran. Sekaligus merendahkan tahap pendidikan rakyat,” ujarnya dalam kenyataan.

Semalam Dr Mahathir mengumumkan dua lagi senarai jawatan menteri yang diisi oleh beliau sendiri sebagai menteri pelajaran dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri di Kementerian Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan.

Ramai pihak yang mempersoalkan percanggahan janji PH itu kerana apa yang dicatatkan dalam Buku Harapan di mukasurat 48 iaitu Janji ke-12 PH iaitu: Menghadkan tempoh perkhidmatan Perdana Menteri dan menstruktur semula Jabatan Perdana Menteri, PH menjanjikan Perdana Menteri tidak akan memegang jawatan menteri lain, terutamanya jawatan Menteri Kewangan.

Memetik komentar salah seorang pengguna laman facebook  yang juga Exco Pemuda Pas Nurul Islam Mohamed Yusoff pula menjelaskan alasan yang diberikan oleh Dr Mahathir juga agak tidak masuk akal iaitu kerana ramai rakyat Malaysia tidak berpelajaran.

“Statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia pada 17 November 2017, Statistik Kanak Kanak Malaysia 2017, kadar literasi rakyat Malaysia adalah 97.6%.

“Agak bercanggah dengan apa yang disebut oleh Tun Dr Mahathir,” ujarnya.

Kata  Dr Mahathir dalam sidang medianya semalam , beliau mengambil alih portfolio pendidikan kerana memikirkan ramai orang tidak berpendidikan di negara ini, jadi beliau mahu memberikan tumpuannya.

Selain itu, beliau juga berpandangan cara pengajaran sudah ketinggalan zaman.

“Hari ini dengan komputer dan peralatan lain, kita harus mencipta cara pengajaran baru,” katanya.

Sidang media yang diadakan semalam Tun  Dr Mahathir Mohamad  mengumumkan dua lagi  jawatan menteri pelajaran dan menteri Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan.

10.0
OVERALL SCORE
: 10.0
Have no any user vote