Poster hantu, kononnya calon PH kata sokong DAP dapat pahala disebar

Poster hantu yang disebarkan di Permatang Pasir kononnya calon PH kata undi DAP dapat pahala.

Menjelang tempoh berkempen yang hanya tinggal sehari sahaja, pelbagai usaha sedang dijalankan oleh pihak lawan bagi mencari pengaruh.

Namun begitu apa yang sedang mereka lakukan di Dun Permatang Pasir amat menjijikkan.

Bukan saja poster yang memaparkan wajah Faiz Fadzil dengan kenyataan supaya menyokong DAP.

Sebaliknya menjanjikan pahala sekiranya memberi undi kepada DAP.

Poster yang ditemui sekitar kawasan Tanjung Putus, Permatang Pasir semalam adalah salah satu strategi pihak lawan bagi mencalarkan imej Faiz sebagai calon Pakatan Harapan (PH) dalam kawasan Parlimen Permatang Pauh.

Faiz menyifatkan tindakan tersebut adalah kerana pihak lawan menyedari bahawa pilihan raya umum (PRU) ke 14 kali ini merupakan ‘Mother of All Election’.

Oleh kerana terdesaknya pihak lawan, maka mereka terpaksa juga berkempan sehingga ke tahap ‘Mother of All Desperation ‘.

“Mereka sudah ketandusan dan tidak lagi mempunyai modal.

“Seperti biasa, politik perkauman dan keagamaan dimainkan bagi menakutkan rakyat dengan perkara dusta.

“Kami tidak pernah mencanangkan undi DAP, sebaliknya mencanangkan supaya semua undi PH kerana bersatu dibawah satu gagasan perjuangan yang sama, ” jelasnya lagi.

Menurut Faiz lagi, tindakan terdesak ini membuktikan pihak lawan sedang berada pada tahap yang amat kritikal sehingga sanggup memperjudikan kata-kata nista sedemikian.

“Siapalah kami sehingga hendak menjanjikan pahala, apatah lagi menjanjikan syurga.

“Kami hanya menjanjikan satu reformasi sistem pentadbiran daripada kerajaan kleptokrasi kepada sebuah kerajaan yang berintegriti.

“Amat kasihan dan bersimpati kepada mereka yang masih lagi berada pada takok lama yang mengamalkan politik murahan, ” tegasnya lagi.

Sehubungan itu tegasnya, semua pengundi harus keluar dan berikan undi kepada PH agar perjuangan bagi menegakkan keadilan menjadi kenyataan dan menyahkan Umno dan BN serta Pas dalam PRU 9 Mei nanti.

MOHD ALI HASHIM

8.0
OVERALL SCORE
: 8.0
Have no any user vote