Malaysia Dateline

Potong jalan raya sempit sampai hampir berlanggar, polis buru pemandu Hilux

Padah memotong jalan raya sempit secara berbahaya, pemilik kenderaan pacuan empat roda (4×4) akan dipanggil oleh pihak polis untuk disiasat.

Dilaporkan, sebuah keluarga nyaris maut gara-gara tindakan pemandu Toyota Hilux yang cuba memotong sebuah treler dan memasuki laluan bertentangan.

Menerusi satu kenyataan lewat malam tadi, pihak polis difahamkan sedang dalam proses mengesan pemandu yang memotong sebuah lori di garisan berkembar di Jalan Janda Baik, Bentong dekat Pahang.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd. Kahar berkata, siasatan giat dilakukan dan polis akan memanggil pemandu terbabit untuk memberi keterangan

“Jika didapati bersalah pemandu pacuan empat roda tersebut boleh dikenakan saman atas kesalahan memotong di kawasan garisan berkembar di bawah kaedah-kaedah lalu lintas 167/59 iaitu Rule 12(3)(A) dan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2,000 atau boleh dikenakan penjara tidak melebihi enam bulan,” katanya.

Terdahulu, menerusi dashcam yang tular, dapat dilihat kenderaan pemilik dashcam nyaris bertembung dengan Hilux tersebut namun pemandu sempat menekan brek dan membelok ke kiri bahu jalan.

Turut kedengan pemilik dashcam membunyikan hon terhadap Hilux tersebut.

Hilux tersebut bagaimanapun tidak mengundurkan kenderaannya sebaliknya menunggu pemilik dashcam berundur sebelum masuk kembali ke laluannya.

Baca juga: Pelanggan sapu habis ayam mentah sampai dua troli

Baca juga: Doktor terdiam wanita mahu jumpa bidan lepas mengandung luar rahim, ingat boleh masukkan balik