Malaysia Dateline

PPV Bukit Jalil beroperasi hari ini dengan 10,000 dos sehari

Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Stadium Nasional Bukit Jalil mula beroperasi hari ini dengan kapasiti 10,000 dos sehari

PPV Bukit Jalil ini akan menumpukan golongan bawah 40 tahun di Lembah Klang, pusat vaksinasi didirikan di trek balapan.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, berkata PPV berskala besar itu membolehkan lebih ramai rakyat khususnya di sekitar Lembah Klang divaksin, dengan tumpuan kepada rakyat yang berusia 40 tahun ke bawah.

“Seluruh trek balapan stadium ini telah bertukar wajah menjadi ruang untuk urusan vaksinasi selaras dengan Pelan Pemulihan Negara yang diumumkan Perdana Menteri.

Pada peringkat awal, seramai 60 sukarelawan MYVAC di bawah kelolaan KBS akan berkhidmat di situ dan jumlah itu akan ditambah mengikut keperluan.