Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
PPZ-MAIWP agih makanan percuma setiap Jumaat

PPZ-MAIWP agih makanan percuma setiap Jumaat

Oleh BERNAMAFebruary 21, 2020 5:42 pm




Bagi meringankan beban asnaf dan pekerja berpendapatan rendah (B40), Pusat Pungutan Zakat-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) akan mengagihkan makanan secara percuma pada setiap Jumaat di sekitar ibu negara selama dua bulan.

Pengurus Besar Kanan Sumber Manusia PPZ-MAIWP Azrin Abdul Manan berkata program Friday Food Charity (FFC) yang bermula hari ini, dijalankan bersama badan bukan kerajaan (NGO) serta Persatuan Generasi Sejahtera (iSejahtera) pada Februari dan Mac ini.

Beliau berkata kira-kira 30 sukarelawan, terdiri daripada golongan muda mengagihkan 400 pek makanan bermula pukul 7.00 pagi hingga 11 pagi.

“Program ini bukan hanya dapat meringankan beban golongan asnaf, malah sedikit sebanyak dilihat dapat menggalakkan golongan muda membuat kebaikan,” katanya ketika ditemui Bernama selepas melancarkan program FFC di sini.

Sementara itu, Pengerusi iSejahtera Datuk Muhammad Hamizan Amzah berkata program yang dicetuskan beberapa anak muda menerusi NGO berkenaan dilihat memberi manfaat besar kepada masyarakat.

“Sebelum ini, kita berikan makanan kepada mereka yang tiada tempat tinggal. Untuk kali ini, anak-anak muda akan agihkan makanan antaranya kepada tukang kasut, pekerja Alam Flora, petugas masjid dan golongan susah di sekitar perumahan yang mereka kenal tanpa mengira bangsa,” katanya.

Beliau berkata program itu bukan sahaja memberi manfaat kepada golongan pekerja B40, malah membantu ekonomi penduduk sekitar yang diberikan tugas untuk menyediakan makanan itu.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Ketika berebut makanan, mereka minta kotak untuk alas tidur

“Beli 1 Mercedes minta maaf, beli 14 Mercedes banyak pula dalil”

Benarkah jasa Mahathir menyebabkan PH menang PRU-14?

Selepas tindakan Nazri, kini terserah kepada Agong untuk tukar PM, kata peguam

Terkini

Selepas Ketua Bersatu Sepang positif Covid-19, apa nasib peserta program gunting rambut?

Belum siap tetapi bangunan baharu Hospital Tanah Merah terbakar

Sudah jadi kerajaan, Pas dikecam hanya bincang isu artis bertudung

Minum bir di pusat kuarantin biadab ketika barisan hadapan sibuk selamatkan rakyat

‘Ahli Parlimen tidak boleh bincang kepentingan rakyat di kedai mamak’

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production