PR1MA menyimpang daripada objektif asal, dakwa Pemuda Amanah

PR1MA menyimpang daripada objektif asal, dakwa Pemuda Amanah

Tindakan kerajaan meningkatkan kelayakan permohonan PR1MA sehingga RM15,000 dan memendekkan moratorium kepada 5 tahun jelas menyimpang daripada objektif sebenar ia diwujudkan iaitu khusus kepada isi rumah berpendapatan sederhana dan bawah.

Tindakan kerajaan meningkatkan kelayakan permohonan PR1MA sehingga RM15,000 dan memendekkan moratorium kepada 5 tahun jelas menyimpang daripada objektif sebenar ia diwujudkan iaitu khusus kepada isi rumah berpendapatan sederhana dan bawah.

Tindakan ini dikhuatiri mengakibatkan persaingan lebih tinggi yang tidak setara di antara kelas ekonomi para pemohon dan keputusan memendekkan moratorium akhirnya akan membuka pintu kepada spekulasi serta tidak akan mengurangkan unsur spekulasi hartanah, kata Exco Pemuda Amanah Nasional Mohd Ammar Atan.

Mohd Ammar Atan“PR1MA jelas ditubuhkan bagi isi rumah berpendapatan sederhana (M40), kini dengan meningkatkan kelayakan sehingga RM15,000 menunjukkan bahawa PR1MA tidak lagi buat golongan sasar (M40) tapi telah tersasar landasannya kepada kategori berpendapatan tinggi (T20) yang mana median pendapatan T20 adalah sehingga RM11,610,” ujar beliau.

Ammar menambah, sehingga November 2016, permintaan berdaftar bagi rumah PR1MA bagi mereka yang berpendapatan sederhana telah mencecah 1,325,386 orang.

Ini tambahnya menunjukkan defisit penawaran rumah PR1MA terlalu tinggi dan pelebaran PR1MA kepada golongan yang berpendapatan lebih tinggi hanya akan meruncingkan situasi tersebut.

“Jelas, pasaran perumahan Malaysia berada dalam keadaan yang defisit penawaran dan nilai hartanah yang dipandu oleh “fake demand” berbanding realiti ekonomi rakyat pada hari ini.

“Justeru, Pemuda AMANAH menegaskan bahawa PR1MA yang dibina atas duit rakyat perlu dikembalikan kepada mereka yang benar-benar memerlukan agar subsidi ini sampai kepada golongan sasar dan sejajar dengan pendapatan M40 dari aspek harga dan jumlah yang dibina,” katanya.

TAGS