Pramugari akui kawan pernah dirasuk, dakwa jemaah Haji suka tinggal ‘barang’ dalam pesawat

Oleh WAN SITI AMINAH

Seorang pramugari berjaya mencuri perhatian ramai baru-baru ini selepas membuat pendedahan mengenai pengalaman seram yang pernah dialaminya ketika bertugas.

Menerusi satu sesi audio siar atau ‘podcast’ dikendalikan oleh bekas pramugara yang juga selebriti iaitu Zarul Umbrella dan CK Faizal itu, pramugari berkenaan mulanya berkongsi cerita mengenai sikap jemaah Haji.

Jelasnya, segelintir jemaah Haji cukup gemar meninggalkan ‘barang’ dalam pesawat sebelum menjejakkan kaki ke tanah suci untuk menunaikan ibadah yang merupakan rukun Islam kelima itu.

Perkara ini menyebabkan para petugas dinasihatkan untuk tidak mengutip sebarang barang misteri yang ditinggalkan oleh para jemaah kerana dikhuatiri kejadian tidak diingini berlaku.

Maklumat berhubung barang tersebut tidak didedahkan namun tinjauan di ruangan komen mendapati ‘benda’ yang ditinggalkan itu mempunyai pendamping seperti saka dan sebagainya.

@zarulumbrellaofficial

Podcast @bo@borakdalamgalley feat @bellanggun Ep 52 – Kisah Cabin Crew Kerasukan Lepas Buat Flight Haji #borakdalamgalley @CK Faizal

♬ original sound – Zarul Umbrella – Zarul Umbrella

“Mereka yang naik kapal ini, ada yang tak tinggalkan lagi dekat bawah. Jadi tempat yang mereka tinggalkan (barang) adalah di dalam kapal terbang. Sebab itulah kalau penumpang tinggal apa-apa, kami tak ambil.

“Tetapi saya sendiri tak pernah jumpa. Saya cuma pernah mengalami kejadian misteri ketika waktu rehat apabila naik ke ‘crew bunk’ (tempat rehat pramugari ketika tempoh penerbangan panjang. Kawan suruh saya pergi dahulu.

“Naik ke crew bunk, saya tengok dia sudah ada di situ. Selepas cakap , ‘Eh! cepatnya kau naik’. Dia diam sahaja. Kebetulan saya tertinggal berus gigi dalam beg. Jadi saya turun balik ke bawah. Sekali dia baru nak naik,” kongsinya.

Menurut pramugari dikenali sebagai Bella Anggun itu, rakan sekerjanya dirasuk selepas kejadian misteri tersebut berlaku apabila mereka sampai ke ‘compound’ atau tempat tinggal yang disediakan oleh syarikat penerbangan.

Sedutan rakaman podcast yang berjaya meraih 1.1 juta tontonan itu turut dimuat naik di platform TikTok menerusi akaun dimiliki oleh Zarul yang juga merupakan penyanyi dan anggota kumpulan Umbrella.

Baca juga: Tak kisah dipanggil ‘duda hot’, Hisyam Hamid nak fokus dengan anak dan ibu sahaja