Malaysia Dateline

Premis Jakim ditutup hingga 20 Oktober

Ekoran apa yang berlaku kepada Menteri Agama, premis pejabat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) ditutup dari 7 hingga 20 Oktober 2020, kata satu notis penutupan yang dikeluarkan Jakim hari ini.

“Pihak pengurusan tertinggi telah memutuskan untuk melaksanakan ‘Penutupan premis’ Jakim daripada 7 hingga 20 Oktober 2020 bagi tujuan mengekang wabak Covid-19 dalam kalangan warga Jakim dan memberi ruang kepada proses sanitasi pada keseluruhan bangunan,” kata notis itu yang ditandatangani oleh Ahmad Fuad Apandi, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), Jakim.

Semalam Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Datuk Dr Zulkifli Albakri mengesahkan beliau positif Covid-19.

Ia berlaku selepas beliau pulang dari Tuaran, Sabah. Zulkifli kini dirawat di Hospital Seremban.