Presiden AMANAH berbuka puasa dengan Yang Dipertuan Agong

Mohamad bersama Yang Dipertuan Agong di Istana Kelantan petang semalam.

Presiden AMANAH, Mohamad Sabu diterima menghadap oleh Yang Dipertuan Agong di Istana Kelantan petang semalam.

Kedua-dua mereka kemudiannya telah berbuka puasa bersama.

Melalui facebooknya, Menteri Pertahanan itu turut menaikkan beberapa gambar pertemuan mereka berdua.

“Saya menjunjung kasih Kebawah Duli ang maha Mulia, Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Sultan Muhammad V atas undangan berbuka puasa di Istana Kelantan petang semalam,” tulis Mohamad dalam facebook beliau.

Ini adalah pertemuan rasmi kedua antara kedua-dua pemimpin ini selepas pertemuan pertama 11 Mei lalu ketika Tun Dr Mahathir Mohamad mahu meangkat sumpah sebagai perdana menteri.

Gambar kenangan antara kedua-dua pemimpin.

8.7
OVERALL SCORE
: 7.0
5 user votes x 9.0