Malaysia Dateline

Selepas jumpa Anwar, Duta Amerika jumpa Mohamad Sabu

Presiden AMANAH Mohamad Sabu telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Duta Besar Amerika Syarikat Brian D. McFeeter di Kedutaan Amerika Syarikat hari ini.

Pertemuan itu dikongsi melalui akaun twitter milik pejabat kedutaan besar Amerika di negara ini @usembassykl dengan memaklumkan perjumpaan kedua-dua mereka ini bagi berkongsi pandangan mengenai situasi pandemik Covid-19.

Di samping itu Mohamad Sabu turut menerangkan hala tuju Parti Amanah Negara (AMANAH) dalam mendepani politik masa depan.

8 Oktober baru-baru ini Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemu dengan McFeeter.

Dalam pertemuan itu mereka berbincang mengenai hubungan dagang dan pelaburan kedua-dua negara termasuk isu pakatan pertahanan melibatkan senjata nuklear ditubuhkan AS, United Kingdom dan Australia baru-baru ini.

Turut hadir dalam pertemuan itu adalah Ahli Parlimen Alor Setar Chan Ming Kai dan Ahli Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad.

Pertemuan diadakan di pejabat rasmi Anwar di Bukit Gasing, Petaling Jaya, Selangor.

Mohamad Sabu menerangkan hala tuju AMANAH kepada McFeeter
Merakam gambar kenangan bersama Duta Amerika Syarikat