Malaysia Dateline

Presiden AMANAH berucap di Persidangan Penggerak Baitulmaqdis

Presiden AMANAH Mohamad Sabu menyeru kepada masyarakat dunia untuk menjadikan perjuangan pembebasan Palestin sebagai perjuangan kemanusiaan.

Beliau berkata, umat Islam mesti yakin akan pembebasan Palestin tidak lama lagi di mana mereka boleh masuk Al Quds sekali gus boleh menunaikan solat di Masjidil Aqsa.

“Saya percaya suatu hari nanti semua boleh masuk Al Quds dan menunaikan solat di Masjidil Aqsa dengan pembebasan Palestin secara total,” kata¬† beliau ketika berucap di Persidangan Penggerak Baitulmaqdis.

Mohamad Sabu berpeluang menyampaikan ucapan di hadapan para penggerak pembebasan Al-Quds dari seluruh dunia yang terdiri daripada pelbagai kumpulan dan pertubuhan di Istanbul, Turki semalam.

Turut bersama di dalam persidangan ini adalah tokoh-tokoh pejuang pembebasan Palestin, Ismail Haniyeh, Ketua Pergerakan HAMAS, Khalid Meshal, Ketua Hal Ehwal Luar HAMAS dan tokoh ilmuan Sheikh Dr. Hishom Bashir, Naib Ketua Kesatuan Ulama Sedunia.