Malaysia Dateline

Presiden AMANAH selesai menghadap Agong jam 4 petang tadi

Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu yang dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara kelihatan baru sahaja keluar dari istana kira-kira jam 4 petang tadi.

Beliau mula memasuki perkarangan Istana tepat jam 3 petang tadi.

Ahli Parlimen Kota Raja itu mengisi senarai ketua-ketua parti politik negara yang menghadap Seri Paduka bergilir-gilir mulai hari ini.

Sebelum bekas Menteri Pertahanan itu menghadap baginda, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dijadualkan telah berbuat demikian pada jam 2 petang tadi.

Mohamad Sabu keluar Istana kira-kira jam 4 petang tadi