Presiden China arah tenteranya siap siaga

Presiden China arah tenteranya siap siaga

Presiden China, Xi Jinping telah mengarah Tentera Pembebasan China (People’s Liberation Army – PLA) untuk bersiap siaga untuk menghadapi segala kemungkinan ketika mana China kini sedang berdepan dengan pelbagai risiko dan cabaran, lapor South China Morning Post.

Xi Jinping mengeluarkan kenyataan tersebut ketika bermesyuarat bersama pegawai-pegawai kanan Suruhanjaya Ketenteraan Pusat (Central Military Commission -CMC) dimana beliau merupakan pengerusi mesyuarat tersebut.

Kata beliau, “Semua unit tentera harus memahami perkembangan isu-isu keselamatan dan meningkatkan tahap kesiap siagaan dalam menghadapi apa-apa pertempuran yang tidak dijangka,”.

Kenyataan tersebut merupakan arahan ketenteraan pertama bagi tahun 2019 oleh Xi Jinping, dimana selanjutnya pihak PLA akan mengadakan latihan ketenteraan dalam usaha kesiap siagaan mereka.

Tambah Xi Jinping, “Kesiap siagaan dalam pertempuran adalah penting untuk memastikan respon yang efisien dapat dilakukan ketika saat genting,”.

Sebelum ini Xi Jinping secara konsisten menggalakkan PLA untuk mempertingkatkan tahap kesiap siagaan mereka selepas mengambil alih jawatan Presiden dan Pengerusi CMC.

Pada masa yang sama, CMC turut mengeluarkan panduan untuk meningkatkan tahap moral dikalangan anggota tentera. Panduan tersebut, antara lain, menyebut bahawa pegawai tentera berpeluang untuk dinaikkan pangkat berdasarkan merit.

Menurut penganalisis berpangkalan di Shanghai, Ni Lexiong berkata bahawa “isyarat berprofil tinggi” ini mungkin ditujukan kepada pihak yang cuba menggangu usaha tanah besar China untuk bersatu dengan Taiwan.

Loading...

Manakala bagi mantan kolonel PLA, Yue Gang, kenyataan Xi Jinping boleh dilihat sebagai tindak balas kepada pertelingkahan diantara China dan Amerika Syarikat (AS) di pentas antarabangsa.