Presiden Isma didapati bersalah menghasut

Presiden Isma didapati bersalah menghasut

Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Abdullah Zaik Abd Rahman hari ini disabitkan bersalah kerana penerbitan artikel berbaur hasutan dalam laman web NGO itu dua tahun lalu.

Hakim Mahkamah Sesyen Noridah Adam membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Abdullah Zaik pada akhir kes pendakwaan.

“Pihak pembela gagal menimbulkan keraguan yang munasabah OKT (orang kena tuduh) didapati bersalah dan disabitkan bawah seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan,” kata Noridah.

Malaysiakini melaporkan mahkamah turut memerintahkan Abdullah Zaik membayar denda RM2,000 atau penjara dua tahun jika gagal membayar denda.

Abdullah Zaik didakwa susulan artikel bertajuk “Kedatangan pendatang Cina bersama penjajah British satu bentuk pencerobohan” di www.ismaweb.net.

TAGS