Presiden lancar pejabat AMANAH Wilayah Persekutuan

Presiden lancar pejabat AMANAH Wilayah Persekutuan
Mohamad menandatangani plak pelancaran pejabat AMANAH Wilayah Persekutuan dengan diperhatikan oleh Dr Hatta, Khalid dan Hayatul Kamil.

AMANAH Wilayah Persekutuan melancarkan pejabat baru mereka di Kuala Lumpur semalam dengan disempurnakan oleh presidennya, Mohamad Sabu.

Turut dirasmikan adalah pejabat AMANAH Bandar Tun Razak yang juga di tempatkan di bangunan sama yang terletak di Dataran Dwitasik, Bandar Sri Permaisuri, Cheras itu.

“Ini adalah hasil kesungguhan Pengerusi AMANAH Wilayah Persekutuan, Dr Hatta Ramli yang berkata sudah naik malu bila dah tiga tahun wujud tetapi pejabat tiada,” kata Bendahari AMANAH Wilayah Persekutuan, Hayatatul Kamil Termudi kepada Malaysia Dateline.

Menurut beliau, selama ini pejabat AMANAH Wilayah menumpang di pejabat peringkat kawasan tanpa mempunyai pejabat sendiri.

Petugas tetap akan ditempatkan ke pejabat ini selepas Konvensyen AMANAH Wilayah yang akan diadakan 17 November ini.

“Kami sewa pejabat dan berkongsi dengan kawasan Bandar Tun Razak,” kata Hayatul Kamil.

Dalam majlis semalam, lebih 100 borang ahli baru AMANAH dari beberapa kawasan di sekitar Kuala Lumpur diserahkan kepada Mohamad yang juga Menteri Pertahanan.

“Kebanyakan mereka bekas aktivis tempatan Umno yang sudah sudah hilang harapan kepada parti itu selepas kalah dan mereka yang celik politik,” kata Hayatul Kamil lagi.

Turut sama di majlis semalam adalah Khalid Samad, Pengarah Komunikasi AMANAH yang juga Menteri Wilayah Persekutuan.

Antara tetamu yang hadir di majlis pelancaran yang dijalankan di Institut Latihan DBKL.

Tetamu pelbagai kaum juga hadir ke majlis ini.

Dr Hatta menerima borang permohonan untuk menjadi ahli AMANAH.

Masing-masing berdoa agar AMANAH terus berkembang dan diberkati Allah selalu selaras dengan mottonya Rahmatan Lil Alamin.

Mohamad menarik tirai pejabat baru AMANAH Wilayah Persekutuan dengan diperhatikan Dr Hatta.