Presiden MCA, MIC dan Gerakan hanya gertak, tak berani letak jawatan, kata Pas

Presiden MCA, MIC dan Gerakan hanya gertak, tak berani letak jawatan, kata Pas

PAS mencabar mana-mana pemimpin bukan Islam yang mengugut mahu meletakkan jawatan sebagai menteri sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan, agar berbuat demikian segera dan jangan tangguh lagi sekiranya mereka berani.

 

PAS mencabar mana-mana pemimpin bukan Islam yang mengugut mahu meletakkan jawatan sebagai menteri sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan, agar berbuat demikian segera dan jangan tangguh lagi sekiranya mereka berani.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat,  Satiful Bahri Mamat menganggap, tindakan beberapa pemimpin MCA dan MIC itu tidak akan dilaksanakan, kerana ia hanyalah satu gertakan semata-mata.

Mereka gertak je, kata Satiful Bahri“Hari ini kita boleh tengok, sebagaimana yang difirmankan oleh Allah ‘apabila dikatakan kepada mereka………marilah kita pakat melaksanakan apa yang diturunkan oleh Allah dan Rasul, kami akan mendapati golongan munafik akan menentang sekeras-kerasnya.

“Orang kafir jangan kiralah. Berapa orang (Menteri) dah nak letak jawatan. Moleklah………letaklah. Kita nak tengok (betul atau tidak), (tapi ia hanya) gertakan sahaja, kerana dunia ini menjadi matlamat mereka,”tegas Pesuruhjaya PAS Terengganu itu, lapor media rasmi mereka, Buletin Online.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Guru PAS Terengganu 2016 di Markas Tarbiah PAS Kuala Terengganu pada Isnin 30 Mei semalam.

Sementara itu, Pensyarah UniSZA Prof Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah turut menggesa menteri daripada MCA, Gerakan dan MIC meletak jawatan dengan segera.

“Saya minta menteri daripada MCA, Gerakan dan MIC meletak jawatan dengan segera. Tidak perlu menunggu hari lain.

“Dasar muka tak malu. Menang pilihan raya atas ehsan undi Melayu dan mendapat kerusi Kabinet, langsung tidak bersyukur,”ujarnya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata demikian setelah mengumumkan keluar daripada MCA sebagai membantah tindakan parti itu yang kini memusuhi Islam, apabila menentang usaha memperkemas undang-undang syariah menerusi pembentangan usul Rang Undang-Undang Persendirian di Dewan Rakyat, minggu lalu.

Beliau kesal dengan MCA kerana sepatutnya parti itu sudah memahami Islam dan cara hidup bangsa Melayu setelah Malaysia merdeka hampir 60 tahun.

Beliau turut menggesa MCA dan Gerakan supaya keluar dari negara ini dan menubuhkan parti masing-masing di negara komunis.

TAGS