Presiden Palestin meterai 11 perjanjian antarabangsa

Presiden Palestin meterai 11 perjanjian antarabangsa

Presiden Palestin, Mahmoud Abbas pada Khamis mengumumkan telah menandatangani 11 perjanjian antarabangsa, pada pembukaan mesyuarat rasmi peringkat tertinggi.

Perjanjian itu termasuk protokol tambahan untuk hak kanak-kanak, hak orang kurang upaya, hak kewarganegaraan wanita dan konvensyen penghapusan semua bentuk diskriminasi terhadap wanita.

Pada mesyurat diadakan di Ramallah itu, Abbas turut menyelar serangan Israel terhadap rakyat Palestin dan menuntut pemerintah rejim zionis bertanggungjawab ke atas kesan akibat serangan itu.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada negara yang telah “memberi maklum balas terhadap usaha mencapai ketenangan di Semenanjung Gaza, khususnya Mesir.”

— BERNAMA