Presiden Parti seharusnya berada dalam Parlimen

 

Datuk Kamaruddin Jaafar

Ahli Parlimen Bandar Tun Razak Datuk Kamaruddin Jaafar berpandangan sebagai seorang presiden parti Datuk Anwar Ibrahim seharusnya menjadi anggota Parlimen.

Menurutnya kewajaran kerusi Parlimen Port Dickson dikosongkan untuk memberi laluan kepada Anwar kembali dalam kerajaan yang memerintah hari ini.

“PRK Port Dickson diadakan bukan sahaja kerana kekosongan kerusi tetapi juga untuk memberi ruang kepada Datuk Seri Anwar kembali dalam arena politik negara,

“Jikalau dilihat kesemua ketua pemimpin parti politik berada dalam Parlimen jadi ianya merupakan sesuatu perkara yang wajar dilakukan dan  hanya di kalangan anggota parlimen ini akan membolehkan seseorang itu menjadi  menteri kabinet ,” ujarnya.

Dr Hatta Ramli

Pada Ogos lalu Ketua Umum PKR itu menang tanpa bertanding jawatan Presiden pada Pemilihan Majlis Pimpinan Tertinggi PKR 2018.

Pada Isnin Anwar mengangkat sumpah sebaga iAhli Parlimen selepas memenangi PRK Port Dickson mengalahkan enam pencabarnya dengan menang manjoriti 23,560 undi pada 13 Oktober lepas.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Lumut Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli berpendapat pengalaman Anwar yang luas boleh membantu kerajaan.

“Saya yakin dengan pengalaman beliau, beliau boleh memberi bimbingan dan pendapat dalam sebarang isu hangat sekarang,” katanya.

Menurut Dr Hatta, semasa Anwar menjadi ketua pembangkang, semua saling bersatu dan kini setelah menjadi kerajaan membuatkan kerajaan Pakatan Harapan lebih bersemangat untuk memajukan negara.

4.0
OVERALL SCORE
: 7.0
2 user votes x 2.5