Malaysia Dateline

Presiden Pas jadi Duta Khas ke Asia Barat bertaraf menteri

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang juga Ahli Parlimen Marang dilantik sebagai Duta Khas Perdana Menteri ke Asia Barat bertaraf menteri.

Pejabat Perdana Menteri hari ini mengumumkan Tan Sri Muhyiddin Yassin bersetuju melantik Abdul Hadi ke jawatan itu.

“Beliau adalah bekas Naib Presiden Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia.

“Beliau juga pernah menjawat jawatan sebagai Menteri Besar Terengganu antara 1999 hingga 2004,” menurut Pejabat Perdana Menteri.

Abdul Hadi mempunyai latar belakang Ijazah Sarjana Muda Syariah dari Universiti Islam Madinah dan Ijazah Sarjana dalam bidang Sains Politik dari Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir.

Dia pernah tersenarai antara 500 Muslim berpengaruh di dunia bagi kategori Pendakwah dan Pembimbing Rohani oleh ‘The Royal Islamic Strategic Studies’ yang berpusat di Jordan pada 2016.

Abdul Hadi pernah menjawat jawatan Menteri Besar Terengganu pada 1999 hingga 2004.