Presiden Pas jalani rawatan intensif di hospital Kuala Lumpur

Presiden Pas jalani rawatan intensif di hospital Kuala Lumpur

Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan menjalani rawatan intensif di sebuah hospital di Kuala Lumpur pada hari Selasa 16 Mei 2017 esok.

Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Setiausaha Politik Abdul Hadi dalam satu kenyataannya memohon agar semua pihak berdoa untuk kesihatan pemimpin utama Pas itu.

“Sehubungan dengan itu saf kepimpinan Parti Islam SeMalaysia (PAS) ingin mengajak seluruh ahli dan penyokong untuk sama-sama berdoa dan menunaikan solat hajat memohon pertolongan Allah, agar Tuan Guru menjalani rawatan dengan jayanya, di kurniakan kesembuhan, kesihatan dan kekuatan untuk terus memimpin dan membawa mesej perjuangan Islam ke serata dunia,” katanya.

Katanya, maklumat rasmi dari parti akan disampaikan dari masa ke masa mengikut keperluannya.

“Pihak keluarga dan parti ingin mengucapkan terimakasih kepada semua pihak kerana memberi ruang rehat secukupnya kepada Tuan Guru dengan tidak menziarahi beliau di waktu ini,” katanya.

Berita tentang Hadi akan menjalani pembedahan besar sudah tersebar sejak beberapa bulan lalu sebelum muktamar Pas lagi.

COMMENTS

Wordpress (0)