Malaysia Dateline

Presiden Petronas, Abdul Hadi bincang peluang majukan industri minyak

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Petronas, Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz hari ini mengunjungi Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah bertaraf Menteri, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Abdul Hadi yang merupakan Presiden Pas itu berkata, mereka berbincang mengenai usaha mengembangkan industri minyak melibatkan negara Timur Tengah.

“Kami berbincang untuk memperkukuhkan kerjasama antara Malaysia dan negara Timur Tengah serta meneroka peluang yang lebih besar bagi memajukan industri minyak dan gas.

“Semoga segala usaha yang dirancang berjaya dilaksanakan dengan baik,” katanya malam ini.

Tengku Muhammad Taufik menerajui Petronas menggantikan Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin berkuat kuasa 1 Julai 2020.

Pelantikannya sebagai Presiden dan CEO kumpulan itu diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 6 Jun tahun lalu.

LANJUT MENYUSUL

Abdul Hadi dan Tengku Muhammad Taufik dalam pertemuan di Putrajaya hari ini.